Istilah "A'kum"
5:38 PM
Istilah Semekom, Akum....
Harap dapat disampaikan. Petikan ini diambil dari ukhwah.com.
Insya Allah, agar semua dapat iktibar dan pengajaran daripadanya.
Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan hanya menulis "S.A.W" dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis "S.W.T" maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum".
Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalamualaikum" adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa. Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum". Sekian, terima kasih.
P/S: Ada juga yang menggunakan semekom, sekom, selekom. Ada artis lawak kita yang suka sangat menggunakan cara ini apabila memulakan show. Dan audience pun ketawa terbahak-bahak. Kurang ajarnya ! Dan yang paling kurang ajar ada yang buat main sehinggakan sebutan menjadi Celcom!!
TOLONG SEBARKAN BERITA INI AGAR GEJALA SEBEGINI DAPAT DIHINDARKAN TERUS!!!!
~The Urban Factor~