Semalam...
10:53 AM
Hari ini suasana di pejabatku agak sepi. Kebanyakan rakan-rakan sekerja tiada di sini. Mungkin masing-masing pergi melawat tapak untuk menyelesaikan urusan-urusan yang tertunggak.
Aku? Masih terkia-kia menyemak fail-failuntuk menelaah kembali status serta senario terkini setiap projek yang dipertanggungjawabkan kepadaku. Bukan aku tidak mahu melawat tapak, tetapi terasa kecil diriku sewaktu berhadapan dengan mereka yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek yang kupegang. Jadi biarlah aku melengkapkan dulu ilmu di dada, supaya aku akan dapat melakukan yang terbaik ketika aku melawat tapak nanti.
Semalam aku telah bercuti. Ketika bangun pagi, terasa berat untuk kaki melangkah ke pejabat. Entah kenapa...mungkin kerana aku masih homesick?
Semalam merupakan 10 Muharram. Hari yang menyedihkan bagi sekalian umat Islam tidak kira apa fahaman yang dipegang sekalipun. Tidak guna kita bertekak serta mempertikaikan perkara yang sememangnya telah tercatit dalam sejarah. Mungkin kita rasa kita yang betul, tapi pastikah kita bahawa perasaan itu diilhamkan oleh Sang Pencipta, ataupun ianya lahir daripada nafsu sendiri? Mungkinkah juga perasaan tu lahir dari hati yang digoda oleh syaitan yang sememangnya mahu menyesatkan seluruh keturunan Adam A.S. Apa2 pun bagi aku, jalan yang terbaik ialah berdoa mohon diberi petunjuk ke arah jalan yang benar. Bukannya asyik berdebat untuk menunjukkan kekuasaan sendiri. Kekadang itu, diam itu lebih berhikmah apabila kita tahu sesuatu perdebatan itu tidak akan mengubah keadaan yang sedia ada atau tidak membawa kepada kebaikan.
Okielah...Apa yang berlaku pada 10 Muharram? Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. http://swaramuslim.net/ISLAM/more.php?id=123_0_4_0_M
Rasanya setakat ini saja aku menulis untuk hari ini. Sehingga bertemu lagi, salam untuk semua.
P/S : Janggal pulak rasanya bila menulis dalam bahasa ibunda ni. He he he...
~The Urban Factor~